Monday, August 31, 2009

Nikmat berpuasa...

Aku dapat merasakan bahawa kesempatan berpuasa adalah satu nikmay yang tidak ternilai harganya lebih2 lagi pada bulan yang mulia ini...aku merasakan bahawa betapa ruginya seseorang itu apabila tidak berpuasa...pada waktu inilah sistem di dalam perut kita nak berehat daripada bekerja...alangkah kasihannya perut kita jika kita terus-terusan menyuruhnya bekerja tidak kira waktu...lagipun pada masa inilah kita nak merasa nikmatnya berpuasa sebelum nikmat itu ditarik oleh Allah S.W.T...bukan semua insan di muka bumi ini berkesempatan untuk berpuasa...sO sementara ada kesempatan untuk berpuasa ni apa kata kita berpuasa...tak rugi pun malah menambahkan pahala adalah...s0 selamat berpuasa semua =) weeehaaaaaa.......

Sunday, August 30, 2009

kawan yang sejati


Hmmmm bila cakap pasal kawan sejati ni susah sket...maklumlah bukannya senang nak jumpa kawan yang sejati pada masa sekarang ni...lagi2 bila dah masuk universiti...huh jauh panggang dari api...masa awal2 masuk U dulu memang kejutan budaya betul, maklumlah macam2 jenis orang yang aku jumpa...pelik2 semuanya...itulah namanya alam universiti...namun semua tu mengajar aku untuk memilih mana satu yang dinamakan kawan yang baik...macam2 dugaan yang ditempuh semasa alam universiti ni...kalau kita silap memilih kawan alamatnya akan hancurlah hidup kita kerana kawan membawa pengaruh yang besar kpd diri kita...well apa2 sekalipun jangan pilih jalan hitam n last but not least selamat berpuasa n selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-52...=) weeeehaaaaaa

Saturday, August 29, 2009

keindahan pulau di Malaysia

Siapa kata Malaysia tak cantik?????Aku rasa Malaysia adalah antara
negara yang mempunyai pulau2 yang cantik....so daripada menghabiskan duit pergi
ipulau2 di luar negara lebih baik melabur duit untuk negara sendiri...Kalau nak compare dengan pulau di negara2 luar tak ada banyak beza sangat dengan pulau di Malaysia ini...so lawatilah dan jelajahilah nagara sendiri sebelum menjelajahi negara luar... kadangkala kita tak perasan bahawa sebenarnya Malaysia ada banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati...semuanya terletak di tangan kita sama ada nak menjelajahinya atau pun tidak...well tepuk dada tanyalah selera...=) weeeeehaaaaaa

keindahan yang Tuhan berikan


Keindahan yang tuhan berikan kepada hamba2nya adalah sangat menakjubkan...keindahan itu tidak boleh digambarkan dengan kata2...hanya kita sahaja yang tidak tahu menghargainya...nikmatilah dengan apa yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita kerna kita hanya akan menghargainya apabila ia telah hilang daripada pandangan mata kita...apabila seauatu itu telah hilang daripada pandangan, kita baru sedar bahawa yang hilang itu amat berharga dan bermakna...namun penyesalan tidak lagi bermakna tika itu...hargailah dan sayangilah dengan apa yang ada disekeliling anda...wassalam =)

Hari-hari yang akn datang

Kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat mengagak apa yang akan berlaku pada masa akan datang...kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang akan menentukan segala2nya...kadangkala aku merasakan bila2 masa sahaja nyawaku akan diambil Tuhan...rasa gementar bercampur takut bercampur menjadi satu...apa yang lebih menakutkan dengan kadar kesihatan yang sering tidak menentu buat tika ini. Kadangkala aku dapat merasakan bahawa dunia ini benar2 semakin hampir dengan kiamat...hanya menunggu masa sahaja...apabila difikirkan sejenak, aku bukanlah siapa2 di muka bumi ini...aku hanyalah hamba Allah yang kerdil...Harta pangkat dan darjat tidak membawa apa2 erti kepada Allah yang Esa...namun semua itulah yang telah mengaburi mata2 kita di muka bumi ini...

Friday, August 28, 2009

Teringat masa kecil2 dulu

Teringat masa kecil2 dulu...Masa dulu bila tiba bulan puasa mesti time 2 tgh cuti sekolah..berbeza dgn skrg nie... So bila cuti sekolah apa lagi balik kampunglah jawabnya...rasa seronok sgt dapat balik kampung, dapat jumpa sedara mara, dapat puasa sama2...tp skarg nie nak balik kampung setahun sekali pun susah...rasa seronok sgt bila terkenangkan semua 2...tp nak buat mcm mana, sekarang nie kita seakan2 dah tak ada masa nak buat semua tu...lagi2 skrg nie semuanya dah besar panjang...well apa2 pun hidup harus diteruskan...apa yang penting semua kenangan 2 akan terus tersemat di kotak memoriku...happy ramadan =)...........

Thursday, August 27, 2009

hari yang mendung

keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini membuatkan kesihatan juga menjadi tidak menentu juga... kadangkala terasa seram sejuk badan dibuatnya...aku tak tahu la kalau negeri lain tak hujan macam kat kedah ni tp kat sini tak sah kalau sehari tak hujan...setiap kali pergi kelas payung mesti dibawa bersama.. kalau tak bawak memang menempah padah la jawabnya.. macam petang tadi, nasib baik aku bawak payung..kalau tak basah lenjun lah jawabnya... hehehehe :) sO pesanan kepada semua bawaklah payung walau dimana anda berada.. So selamat berpuasa n have fun!!!!!