Monday, August 31, 2009

Nikmat berpuasa...

Aku dapat merasakan bahawa kesempatan berpuasa adalah satu nikmay yang tidak ternilai harganya lebih2 lagi pada bulan yang mulia ini...aku merasakan bahawa betapa ruginya seseorang itu apabila tidak berpuasa...pada waktu inilah sistem di dalam perut kita nak berehat daripada bekerja...alangkah kasihannya perut kita jika kita terus-terusan menyuruhnya bekerja tidak kira waktu...lagipun pada masa inilah kita nak merasa nikmatnya berpuasa sebelum nikmat itu ditarik oleh Allah S.W.T...bukan semua insan di muka bumi ini berkesempatan untuk berpuasa...sO sementara ada kesempatan untuk berpuasa ni apa kata kita berpuasa...tak rugi pun malah menambahkan pahala adalah...s0 selamat berpuasa semua =) weeehaaaaaa.......

Sunday, August 30, 2009

kawan yang sejati


Hmmmm bila cakap pasal kawan sejati ni susah sket...maklumlah bukannya senang nak jumpa kawan yang sejati pada masa sekarang ni...lagi2 bila dah masuk universiti...huh jauh panggang dari api...masa awal2 masuk U dulu memang kejutan budaya betul, maklumlah macam2 jenis orang yang aku jumpa...pelik2 semuanya...itulah namanya alam universiti...namun semua tu mengajar aku untuk memilih mana satu yang dinamakan kawan yang baik...macam2 dugaan yang ditempuh semasa alam universiti ni...kalau kita silap memilih kawan alamatnya akan hancurlah hidup kita kerana kawan membawa pengaruh yang besar kpd diri kita...well apa2 sekalipun jangan pilih jalan hitam n last but not least selamat berpuasa n selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-52...=) weeeehaaaaaa

Saturday, August 29, 2009

keindahan pulau di Malaysia

Siapa kata Malaysia tak cantik?????Aku rasa Malaysia adalah antara
negara yang mempunyai pulau2 yang cantik....so daripada menghabiskan duit pergi
ipulau2 di luar negara lebih baik melabur duit untuk negara sendiri...Kalau nak compare dengan pulau di negara2 luar tak ada banyak beza sangat dengan pulau di Malaysia ini...so lawatilah dan jelajahilah nagara sendiri sebelum menjelajahi negara luar... kadangkala kita tak perasan bahawa sebenarnya Malaysia ada banyak tempat2 yang menarik untuk dilawati...semuanya terletak di tangan kita sama ada nak menjelajahinya atau pun tidak...well tepuk dada tanyalah selera...=) weeeeehaaaaaa

keindahan yang Tuhan berikan


Keindahan yang tuhan berikan kepada hamba2nya adalah sangat menakjubkan...keindahan itu tidak boleh digambarkan dengan kata2...hanya kita sahaja yang tidak tahu menghargainya...nikmatilah dengan apa yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita kerna kita hanya akan menghargainya apabila ia telah hilang daripada pandangan mata kita...apabila seauatu itu telah hilang daripada pandangan, kita baru sedar bahawa yang hilang itu amat berharga dan bermakna...namun penyesalan tidak lagi bermakna tika itu...hargailah dan sayangilah dengan apa yang ada disekeliling anda...wassalam =)

Hari-hari yang akn datang

Kita sebagai manusia biasa tidak akan dapat mengagak apa yang akan berlaku pada masa akan datang...kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang akan menentukan segala2nya...kadangkala aku merasakan bila2 masa sahaja nyawaku akan diambil Tuhan...rasa gementar bercampur takut bercampur menjadi satu...apa yang lebih menakutkan dengan kadar kesihatan yang sering tidak menentu buat tika ini. Kadangkala aku dapat merasakan bahawa dunia ini benar2 semakin hampir dengan kiamat...hanya menunggu masa sahaja...apabila difikirkan sejenak, aku bukanlah siapa2 di muka bumi ini...aku hanyalah hamba Allah yang kerdil...Harta pangkat dan darjat tidak membawa apa2 erti kepada Allah yang Esa...namun semua itulah yang telah mengaburi mata2 kita di muka bumi ini...

Friday, August 28, 2009

Teringat masa kecil2 dulu

Teringat masa kecil2 dulu...Masa dulu bila tiba bulan puasa mesti time 2 tgh cuti sekolah..berbeza dgn skrg nie... So bila cuti sekolah apa lagi balik kampunglah jawabnya...rasa seronok sgt dapat balik kampung, dapat jumpa sedara mara, dapat puasa sama2...tp skarg nie nak balik kampung setahun sekali pun susah...rasa seronok sgt bila terkenangkan semua 2...tp nak buat mcm mana, sekarang nie kita seakan2 dah tak ada masa nak buat semua tu...lagi2 skrg nie semuanya dah besar panjang...well apa2 pun hidup harus diteruskan...apa yang penting semua kenangan 2 akan terus tersemat di kotak memoriku...happy ramadan =)...........

Thursday, August 27, 2009

hari yang mendung

keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kebelakangan ini membuatkan kesihatan juga menjadi tidak menentu juga... kadangkala terasa seram sejuk badan dibuatnya...aku tak tahu la kalau negeri lain tak hujan macam kat kedah ni tp kat sini tak sah kalau sehari tak hujan...setiap kali pergi kelas payung mesti dibawa bersama.. kalau tak bawak memang menempah padah la jawabnya.. macam petang tadi, nasib baik aku bawak payung..kalau tak basah lenjun lah jawabnya... hehehehe :) sO pesanan kepada semua bawaklah payung walau dimana anda berada.. So selamat berpuasa n have fun!!!!!

Wednesday, August 26, 2009

lagi 14 hari aku boleh balik umah....yepppi

Hmmmm....lagi 14 ari aku dah leh balik umah..eeeee syoknya...tp yg x bestnye sblm aku leh blk uma, I am going 2 sit 4 my examination...well it sound scary actually... I hope i can do much better in my second test...insyaallah...the most scary and i hated much subject is CSC134(computers)...aku x phm npe course law tetiba je ada subjek komputer????aku lebih rela bacabuku law drpd baca buku CSC... tp nak wat camne,aku harus tetap berusaha utk menyukai subjek CSC 2...pray 4 me k....A'slmkm :)

Saturday, August 22, 2009

kepada fatin mahirah

Hai fatin....eemmmmm,pasal assignment 2 kte rasa mcm x elok je publish kt blog sbb kte ada menyentuh pasal isu riben kt my previous school... lg satu kte ada nyatakan sekolah kte sekali... so nanti takut benda 2 jadi isu besar pulak sbb semua org leh tgk kalo kte publish kat blog...but don't worry,esk fatin balik kte terus compilekan terus assignment 2 k????

Friday, August 21, 2009

selamat berpuasa semua

Assalamualaikum......apa khabar sume???? Hmmmmm........esok dah nak puasa, rasa mcm baru je smlm msk U....tiba2 dah msk bln puasa....rasa sekejap sesangat masa berlalu. Tadi aku pegi CS lagi bli barang makanan utk bulan puasa.... tapi kali ni aku g sorang2 je... takde la takut sgt.. walaupun aku di tempat org, aku tetap beranikan diri.... kadang2 rasa boring pun ada bila tggl kt cni... maklumlah kat melaka kan ada byk tempat2 bersejarah so ada ramai sgt pelancong asing yang datang.. bila pelancong asing ramai yang dtg, so byk lah tempat2 yg boleh dilawati.. tp itu tk bermaksud Kedah tak best, cuma x biasa lagi kt cni.. jauh dari keluarga pulak 2... cedeynye :( inilah kali pertama aku x b'puasa bersama keluarga aku... maklumlah dari kecik sampai la form 5 x pernah sekalipun berengang dgn keluarga..... well apa2 pUn, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan al mubarak n selamat berbuka utk esk... Assalamualaikum :)

Monday, August 17, 2009

esok dah nak peksa

Hmmmmm...esk aku dah nak persa..so kne la bce buku..tapi.........assigment pon nak kne siapkan jugak...tapi tak pe aku kne tatap beruaha membahagi2kan mse....apa yg penting BERUSAH!!!!!!!!

Saturday, August 15, 2009

penatnya hari ni.............

penatnya hari ni......hari ni aku g CS.....biasalah tu,tempat mana lagi yang aku nak g.....dah lah seharian penat membeli belah,bila balik naik pulak teksi yang macam formula one...pak cik yang bawak tu dahlah tak padan 'senior' tapi still bawak mcm budak 'junior'....aku yang duduk kt dlm kete dah mcm nak termuntah......taubat tak nak naik teksi pak cik tu lg :(.....oh tidak.....................tak sanggup rasanya

Saturday, August 8, 2009

power point

Hmmmmmmm nak kne wt power point lah... No hallah... Kacang putih je...hehe... Macamlah aku ini pandai sangat nak wat sume 2. Pape p0n aku kne berusaha... BERUSAHA!!!!! Weeeeeehaaaaa...........

Friday, August 7, 2009

hari ini dan semalam....

Hmmmmmm.... Hari ini rasanya lebih elok daripada semalam. Apa yang pasti aku tak pegi sukan kolej....hehe... Jahat kan?? Xpelah, sem depan leh pegi lagi.. Esok lak dah ada listening test. Takutnya :/ Apa-apa pun aku akan cuba yang teeeeerrrrrrbaik. Berusaha!!!!!! Weeehaaaaa

alam universiti

Pertama kali aku melangkah ke alam universiti membuat aku berasa gentar dan ketakutan. Kadangkala aku berasa begitu teruja untuk merasainya. Banyak perkara yang terlayar di mindaku sebelum aku menjejakkan kaki ke tangga universiti. Apa yang pasti perasaan itu akan terus segar di dalam ingatanku. Aku mengerti bahawa bukan mudah untuk menempatkan diri di dalam sebuah universiti. Tidak dapat ku lukiskan dengan kata-kata bagaimana gembiranya perasaanku serta kedua ibu bapaku apabila mendapat khabar berita bahawa aku diterima masuk ke UiTM... Tidak keterlaluan jika aku mengatakan bahawa keluargaku boleh dikatakan keluarga UiTM kerana kakak, abang serta diriku ditempatkan di sebuah universiti yang sama iaitu UITM...... Kadangkala rasa boring jugak.... Asyik-asyik UiTM... Tapi tak mengapa, UiTM TETAP DIHATIKU........................................... Weeeeeehaaaaaaaaa :)

discussion yang tak jadi

hidup ini kadangkala sangat menyeronokkan,
kadangkala amat menyakitkan,
hidup ini sememangnya ada pasang surutnya,
walau apa pun yang terjadi,
kita harus mengharunginya.........



Ahhhhhhhhhh tensionnya!!!!!!!!!!! Dahlah pagi tadi discussion utk assigment tak jadi, mlm nie pun xjadi jgk.....nyampah tol... dahlah assigment tgh berlambak, dorang lak wat hal..