Saturday, January 30, 2010

hari ini dan semalam...

Assalamualaikum........Apa yang aku harapkan adalah hari ini akan menjadi lebih baik drpd smlam dan hari esok akan menjadi lebih baik drpd hari ini...

sesungguhnya manusia itu tidak pernah sempurna...
namun dalam ketidaksempurnaan itu kita harus berusaha selagi terdaya agar melakukan apa jua perkara sebaik mungkin...

dan itulah yang aku cuba mengimplikasikan pada tika ini....
aku cuba sehabis daya apa yg aku mampu dalam menyiapkan apa jua yang harus disiapkan...
kadangkala akibat drpd lambakan kerja yg harus disiapkan, aku dan rakan2 terpaksa melakukan kerja yg sedikit gila bagi menghilangkan kekusutan yg melanda...
namun itu semua lumrah kehidupan bagi insan yg bergelar pelajar...


well,,,,,,,,,,,,,,,tak kira dimana jua kita berada dan apa jua bidang yg kita ceburi, dugaan akan datang silih berganti...
sesungguhnya kita tidak akan pernah terlepas drpd sebarang masalah yg menghimpit diri....
wassalam... =)

Friday, January 29, 2010

banyak yang kena siapkan...


Assalamualaikum...
sepanjang minggu ni banyak kerja yg aku harus siapkan...
kadangjala bukan mudah bagiku untuk menyiapkannya...
ketekunan serta kesabaran amatlah diperlukan...

kadangkala kesabaran mengatasi segalanya...
emosi yg sering terganggu membuatkan aku lelah dalam segala hal....
bukan mudah untuk aku mengawal emosiku yg tidak menentu ini... ^_^ wassalam...

Monday, January 25, 2010

kesihatan yg tak menentu...

Sepanjang minggu ni kesihatan yg tidak menentu membuat aku lelah dalam segala hal....
even semasa dalam kelas pun aku rasa tak bermaya...sekejap okey sekejap tak okey...
tambahan pula lambakan assignment yg tidak jemu mengekori aku di mana jua aku berada....
alhamdulillah assignment psycho telah selamat aku dan rakan menyiapkannya....syukur sangat2.....well aku harap kesihatanku akan membaik dalam masa terdekat ini...doakan keishatan ku akan cepat sembuh ya....wassalam... ^_^

Thursday, January 21, 2010

assignment berlambak...

skang tak dapat nak update slalu coz assignment ngah berlambak....sory sangat2.....k lah bye sume...

Sunday, January 17, 2010

melepaskan tension di pantai merdeka.....

tembamnya muka aku...

waktu ni kita orang baru je sampai d pantai merdeka....

sebok dok menangkap gambar walaupun masa tu
matahari terpacak kat atas kepala....


tangga menuju ke chalet yg kita org diami....
chalet tu best la jugak...
not bad....
tapi chalet tu old school giler....
pape pon aku enjoy kat sane walaupun budak part 2 yg ikut hanya
aku leen n raja je....
yg laen sumenya budak part 1.......
part yg paling best ialah aku leen n raja main game sampai kol dua tiga pagi...huhu
pengalaman yg tak dapat dilupakan semasa dok kedah ni...




Wednesday, January 13, 2010

sejak kebelakangan ini....

sejak kebelakangan ini aku rasa macam tak sedap badan je.....
bila habis je kelas n sampai je kat bilik aku akan tidur...walhal sebelum ini aku tidaklah berkelakuan begitu.....mungkin sejak kebelakangan ini aku terpaksa berjaga sehingga larut malam kerana terpaksa mengulang kaji pelajaran......
sempaikan pada waktu ini aku terasa ingin melelapkan mata walau seminit......mata dah tak tahan untuk dikatup...tp aku tak boleh manjakan mata aku ni sbb esok ada test......
k lah itu sahaja untuk entri kali ini....harap2 lepas ni aku tak tertidur....k sume, bubuy....wassalam =)

Tuesday, January 12, 2010

kegilaan....

skrg ni aku agak kegilaan dengan lagu 'menyesal' nyanyian Ressa Herlambang....hari ni je aku dah nak dekat berpuluh kali dengar lagu tu..
even masa aku ngah post blog sekarang ni pun aku ngah dengar lagu tu...bagi aku, lagu tu amat menyentuh perasaan bagi sesiapa saja yg mendengarnya..
bila aku g koperasi nak beli makanan pun, akak koperasi tu pun nyanyi lagu tu...bila aku dengar dengan teliti lirik ni aku rasa kasihan dengn insan yg melaluinya...mesti frust menonggeng....

kau telah lama menjadi musuh aku.....

Aku benci dengan kau 'charlie'!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kau telah membuat hidup aku merana...habis kulit ku kau gigit......kulit ku sudah mempunyai bintik2 merah...semuanya gara2 KAU!!!!

boleh tak kau pergi jauh dalam hidup aku????!!!!! kau sememangnya kurang AJAR!!!!

kau juga telah menbuat aku terpaksa menbaca buku dalam keadaan gelap hanya ditemani dengan cahaya lampu suluh...kau sungguh kejam!!!!! pergi kau jauh2 dalam hidup aku...aku tak nak tengok lagi muka kau sama ada kat dalam bilik aku ataupun kat dalam bilik yg selalu kau kunjungi.....

kau telah membuat seisi warga uitm kedah menderita dengan kehadiranmu...tidakkah kau sedar dan merasa malu??????pergi kau JAUH-JAUH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

kepada budak uitm kedah korang pasti tahu siapa si charlie ni kan????kalo korang tak tahu jugak aku tak tahu la nak kata apa.....k r aku nak mengundur diri dulu ya...wassalam =)

Saturday, January 9, 2010

kesakitan yg melampau....


hari ni aku tak tahu apa kena dengan diri aku....

first aku dah lah datang lambat ke kelas which really weird =(


then masa kelas bel 313 tadi tengkuk aku sakit bagai nak gila....rasa macam nak tercabut leher aku....well thanks 2 afif che Had sbb memahami diri aku yg ngah dalam kesakitan tengkuk...kalo ko betul2 pilih aku ganti tempat ko utk forum tadi memang ko cari nahas dengan aku.....


mOod aku memang teruk giler time ni.....lastly aku nak mintak maaf kat safwa, fatin n rara sbb tadi tak dapat join korang makan...sorry sangat2.....wassalam




Friday, January 8, 2010

hari jadi LEeN yg ke 20 thn....huhuhu

Leen masih sempat berfacebook

sambil makan sambil tu main uno

kertas dinding kat bilik aku telah tercabut kerana direntap oleh nabila yg perasan comel =)



saat2 leen meniup lilin....eh leen ko dh 20 thn aw!!!!! dah tua siot....wakaka



kek hari jadi beserta kad n hadiah yg kami bertiga beli untuk leen(aku, ain n hajar )...
maaf leen itu saja yg termampu kita org kasi kat ko.....well cantik tak kad 2????
hmm terasa bangga ya disitu kerana tuan empunya badan menulis yg
membuatnya.....leen, jaga baik2 aw kad tu...
kalo kad tu ko kotorkan, aku cekik2 ko!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
sebenarnya banyak lagi gambar yg kalo boleh aku nak postkan sekali...
tetapi oleh kerana pada masa itu ramai diantara kami yg tidak bertudung, maka hasrat itu
terpaksa dibatalkan...harap maaf....
the conclusion are.....
aku rasa berpuas hati dengan persiapan yg telah aku, ain n hajar lakukan...
walaupun aku kekejangan urat tetapi hati aku tetap puas....
party ni mengeratkan lagi hubungan persahabatan kami berempat n dengan
geng2 floor blok m2 tingkat 4.....
part yg paling aku suka sekali ialah apabila semua orang
menjerit ketakutan kerana aku telah meletupkan belon dengan memicit belon
tu sampai dia pecah....
pas tu air sunquick telah ditumpahkan oleh hajar n safwa....
habis lantai bilik aku......
semalam adalah hari bilik aku menjadi macam tunggang pecah...
tapi takpe...
birthday leen punya pasal aku relakan juga....
pas makan cam biase kte org main silent killer n uno....
after tat aku, safwa n fatin sambung main truth or dare.............
pada mulanya ain n leen join sekali tapi akibat kepenatan dorang tidur dulu...maka
tinggallah aku safwa n fatin....
the conclusion kte org tak tidur sampai ke pagi...
pas solat subuh barulah kita org melelapkan mata.......
then masa tengah hari kte org ada group disscussion la plak...
group discussion antara ex pl1l...best gak bila dah lama tak berjumpa pas tu duduk
berkumpul sesama balik....





Tuesday, January 5, 2010

dining malinja yg tersangat la best...

Hmmm tadi aku ngan kengkawan aku g menjamu selera kat dining malinja....
dining malinja memang best giler r...pas ni comperm aku akn makan kat sana je...
dining mahsuri semakin lama semakin mahal...
itu yg aku tak leh nak handle tu...
tension giler kalo hari2 kena bayar makanan mahal padahal harga yg dikira tidak setimpal ngan apa yg aku makan.
so kepada semua pelajar uitm, makanlah di dining malinja kerana harganya amatlah berpatutan...pinggan pun ada orang yg angkatkan...tu yg aku suka tu!!!!

Monday, January 4, 2010

lambakan assignment dan kemalasan yg melampau.

Hmm sekarang ni assignment dah mula berlambak n kemalasan aku pun dah semakin menjadi2...tp dalam pada malas, aku paksakan juga badan aku untuk menyiapkan assignment 2...

khamis ni plak ada test la pulak...buku pun nak kena baca...satu hal yg seharusnya dilakukan...kalo tidak mampus aku tak leh jawab....actually aku malas nak update blog ni....line pon wat masa sekarang ni tak berapa nak baik...senang cite line internet skang ni macam siot...

almaklumlah pelajar2 diploma n ijazah dah masuk...bila dot=rang sume dah masuk, uitm ni dah macam pasar tani yg penuh sesak dengan manusia...makanan pun susah nak cari...makanan kalo lambat je beli alamatnya kebulur la ko seharian.....hmmm nak wat camne, dah begitu lumrahnya...k la bubuy sume, wassalam =)

Friday, January 1, 2010

kesilapan mematangkan kita....

Manusia.....
penuh dengan kealpaan,
penuh dengan kesilapan.

sehebat mana pun kita.
setinggi mana pun darjat kita,
kita hanyalah manusia biasa,
yang penuh dengan kealpaan
dan kesilapan....

lantas kita tidak perlu
mendabik dada,
mengatakan kita yang punya
segalanya....

kita manusia biasa,
harus belajar dan meneroka
apa yang seharusnya diteroka
oleh kita yang bergelar manusia....

kesilapan lalu merupakan
elemen yang terpentig
dalam membentuk kita
menjadi manusia yang kental
dalam segala aspek kehidupan...

buangkan segala rasa malu
dan segan dalam mengakui
kesilapan yang telah kita lakukan.


kerna ingatlah bahawa untuk menjadi
manusia yang kental dalam mengharungi
liku-liku kehidupan,
kita harus menjadikan kesilapan lalu
sebagai batu sempadan
dalam menongkah arus kehidupan....