Friday, January 1, 2010

kesilapan mematangkan kita....

Manusia.....
penuh dengan kealpaan,
penuh dengan kesilapan.

sehebat mana pun kita.
setinggi mana pun darjat kita,
kita hanyalah manusia biasa,
yang penuh dengan kealpaan
dan kesilapan....

lantas kita tidak perlu
mendabik dada,
mengatakan kita yang punya
segalanya....

kita manusia biasa,
harus belajar dan meneroka
apa yang seharusnya diteroka
oleh kita yang bergelar manusia....

kesilapan lalu merupakan
elemen yang terpentig
dalam membentuk kita
menjadi manusia yang kental
dalam segala aspek kehidupan...

buangkan segala rasa malu
dan segan dalam mengakui
kesilapan yang telah kita lakukan.


kerna ingatlah bahawa untuk menjadi
manusia yang kental dalam mengharungi
liku-liku kehidupan,
kita harus menjadikan kesilapan lalu
sebagai batu sempadan
dalam menongkah arus kehidupan....

No comments:

Post a Comment